
Namaku WAN HAFIZAL . Seorang juruteknik komputer dan juga seorang ahli HPA yang berjuang di tengah-tengah lautan penipuan produk pengguna. Apa yang aku katakan adalah penipuan bagi umat islam. Aku bukanlah seorang penyiasat, Mufti untuk menjatuhkan hukuman, atau menyalahkan orang lain. Tapi aku berjuang dalam saluran yang memperjuangkan produk Halal.
Aku juga adalah insan yang ingin mencapai kebebasan kewangan yang paling maksimum . Aku tahu ia adalah susah namun dengan congak dan peluang yang ada, aku pasti sangat apa yang aku impikan makin dekat dengan aku. Aku dilahirkan di Kuantan dan membesar di FELDA .. suasana ladang sawit. Mak dan ayah aku pernah hidup susah waktu ketika dulu. Namun aku bersyukur, aku tak pernah ‘tak cukup’ dalam menjalani kehidupan aku. TERIMA KASIH , MAK DAN ABAH>
Aku mendapat pendidikan di :
Tadika FELDA Sungai Pancing Selatan…
Sekolah Rendah FELDA Sungai Pancing Selatan.
. cukup banyak kenangan.. mendapat keputusan peperiksaan UPSR 3A 2B. Aku minat SAINS. Aku selalu dapat cemerlang SAINS dan cita-cita aku adalah SAINtis pada masa tu.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pancing Selatan (FORM 1- FORM 3)
Mula mengenali dunia SKIN HEAD, PUNK, dan Black Metal. Sungguh best pada zaman ini. Aku dah tak minat SAINS. Aku minat BIDANG kemahiran (ELEKTRONIK) sebab aku dah mula kenali kerjaya.
Sekolah Menengah Teknik Seri Pelindung ( Form 4-5)
Di sini bakat aku di asah setajam-tajamnya. Sungguh best. . Mendapat anugerah pelajar terbaik ELEKTRONIK selama 2 tahun di sini.
IKM Tan Sri Yahaya Ahamd.
Aku ambil bidang Elektrikal namun sebab aku terima jawatan dalam kerajaan, aku lebih rela berkhdimat dengan KERAJAAN. Bukan senang nak dapat keje wooo…. aku dapat keje umo 19 sebagai juruteknik komputer .Tetap dan berpencen. Pehh.. Biarlah orang hina aku sebab aku tak belajar abis dulu.. tapi aku walaupun dah keje, aku tetap sambuung belajar sekarang.. At list, aku dah rasa dunia kerjaya dari umur muda.
Blogger adalah bidang yang aku pilih kerana aku lebih suka menulis, berkongsi ilmu di samping menjana pendapatan aku . Walaupun sikit, tapi ia tetap duit. Kalau orang mengata aku pun, aku tak kisah. Duit aku , hasil kerja dan rezeki yang tuhan nak beri. Buat apa nak tunjuk kat orang.
Aku join HPA dah hampir setahun lebih. HPA bukan sahaja perniagaan MLM syariah. Namun ia adalah perjuangan untuk memberi produk yang halal kepada pengguna tak kira umat islam atau tidak..dan dari sistu, blog ini aku lahirkan atas sisa semangat yang telah disuntik oleh insan tersayang dan setelah aku benar-benar mengikuti perjuangan Tuan Haji Ismail, dan juga telah merawat beberapa pesakit dengan menggunakan terapi herba. Pengubatan kimia bagi aku adalah pilihan kedua untuk merawat penyakit dan aku tidak menolak 100% pengubatan moden.
Aku harap semua pelawat yang mengunjungi blog ini mendapat maklumat dan manfaat sepenuhnya dan bagi yang ada kemusykilan, bolehlah hubungi aku
019-9377794 (Hafiz)
Sekian, salam ukhwah dan salam perjuangan












