Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Alahamdulillah.. Ramadhan datang lagi dan syukur kepada tuhan kerana masih lagi memberi kesempatan untuk kita bersama menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

Alhamdulillah .. blog ini dah pun berusia setahun lebih dan aku masih sayangkan blog ini. Ada beberapa perkara yang istimewa dan perkara nostalgia lama yang ada pada blog ini pada aku. . Syukur, jumlah pelawat yang datang untuk mencari maklumat semakin tinggi. Namun aku akan tetap terus menulis segala info tentang HPA. Aku agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja tambahan promosi jalur lebar. Tambahan pula peperiksaan akhir universiti sudah menjelang.. Aku perlu masa yang banyak untuk menelaah dan latih tubi. Jalur lebar penting bagi aku.. melalui internet jalur lebar, pengedar akan menerima banyak info tentang HPA….

Terima kasih kepada yang mengenali aku, yang datang ke blog ini untuk mencari maklumat, dan terima kasih kepada pemimpin yang mengasuh minda aku supaya kenali HPA. . Aku akan setia dengan HPA…

Salam Ramadhan kepada semua pembaca blog ini, rakan seperjuangan, Tuan Haji Ismail Bin Ahmad..GM.Faisol.. dan semua staff HPA..

P/S : Aku sudah punya blog peribadi dan blog IT …. berikut adalah blog aku. Dijemput anda semua untuk melawat.. :

  1. http://www.internet2day.info/blog/
  2. http://www.hafizal.net/blog/
  3. http://www.hafizal.net/broadband/

Basikal HPA & PJM Jaffar

39898_148547878490579_100000061026353_428694_4617266_n

Sungguh bergaya Pengarah Jati Mahkota bersama basikal keluaran HPA. . Beliau adalah Presiden Kelab Jati Pemimpin Pahang (KJPP) yang mana amat disegani dan dihormati dikalangan ahli HPA khususnya di Pahang. .

Radix ( Herba Tenaga )

radix.jpg

Produk ini menggunakan bahan utama Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali) yang bersaiz besar. Produk ini sesuai diamalkan oleh semua peringkat golongan dan jantina. Radix dapat merangsang proses biosintesis terhadap hormon endrogen khusus untuk lelaki dan estrogen khusus untuk perempuan. Radix yang mengandungi pelbagai herba ini amat baik untuk lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin (aphrodisiac). Dalam satu kajian menunjukkan kepekatan sperma lelaki akan bertambah khusus bagi lelaki yang menghadapi masalah sperma cair.

Flavanoid yang terdapat dalam Radix berfungsi sebagai anti oksida, anti virus, anti peradangan dan anti keracunan. Radix tergolong dalam herba diuretik yang membantu memperbanyakkan pengeluaran urine dan memperbaiki ginjal. Radix juga bertindak untuk mempengaruhi metabolisma kalogen bagi memperbaiki tendon, ligamen, rawan, dan sendi yang rosak akibat penyakit gout, arthritis dan rhuematik. Radix bersama Minyak but-But amat sesuai untuk mereka yang menghadapi permasalahan ikatan silang kalogen pada sendi. Mereka yang menghadapi patah tulang atau terseliuh dapat mengatasi dalam masa yang cepat.

Bagi mereka yang demam di tahap awal gunakan Radix dan Malac. Flavanoid dalam Radix amat baik untuk mengatasi penyakit seperti athma sekiranya disinergikan bersama pelawas. Radix juga bertindak sebagai karminatif (penolak angin) amat baik untuk mereka yang menghadapi gastrik dan ulser. Radix baik untuk keseimbangan hormon wanita agar tidak dingin bersama suami.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ardisia Crispa

2. Cinnamomum Iners

3. Morinda Eliptica

4. Eurycoma Longifolia

5. Smilax Myositiflora

6. Alyxia Reinwardtii

7. Alyxia Indica

8. Freycinetia Malaccencis

Dos :
2 kapsul malam dan 2 kapsul pagi

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Chicken Popcorn HPA

chicken popcorn HPA

Produk sejuk beku (frozen food) keluaran HPA, Chicken Popcorn Crispy Organic (Popcorn Ayam Rangup Organik). Halal dan sedap.

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 10.00

Berat : 400 Gram

Produk HPA dari Melaka Halal Hub

produk-melaka-halal-hub

1. Pes Mee Bandung (Citarasa Asli Muar)

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 9.00
Sabah & Sarawak : RM 10.00

2. Pes Asam Pedas (Campuran sotong dan udang bermutu tinggi)

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 8.00
Sabah & Sarawak : RM 9.00

3. Ayam Panggang Berkolestrol Rendah (Roasted Chicken Chop)

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 16.00
Sabah & Sarawak :

4. Kek Lapis Prun, Oren, Roselle

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 14.00
Sabah & Sarawak : RM 15.00

5. Kek Kukus Buah-buahan

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 14.50
Sabah & Sarawak : RM 15.50

6. Roti Putar

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 8.00
Sabah & Sarawak : RM 9.00

7. Roti Canai

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 6.50
Sabah & Sarawak : RM 7.50

8. Roti Putar Cip Coklat

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 8.50
Sabah & Sarawak : RM 9.50

9. Sos Lada Hitam

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 3.50
Sabah & Sarawak : RM 3.80

10. Sos Pencicah Cili

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 3.50
Sabah & Sarawak : RM 3.80

RFC Terus Bertapak

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

9 Julai 2010 – RFC menawarkan perkhidmatan makanan segera berkonsepkan ayam segar organik kepada mereka yang inginkan kelainan dan mementingkan kesihatan.
KANGAR – HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.

Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.

“Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran RFC di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.

rfc-kangar-1-300x225

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.

Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan RFC di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.

rfc-kangar

RFC Kangar, Perlis

Restoran RFC yang telah dibuka setakat ini:

1. Sungai Petani, Kedah

2. Laguna Merbok, Kedah

3. Alor Setar, Kedah

4. Kluang, Johor

5. Ayer Keroh, Melaka

6. RFC Kubang Kerian, Kelantan

Tepung Gandum HPA..

DSC03389

Kelebihan & Khasiat Minyak Zaitun

extravirgin

Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN

  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Membekal vitamin E
  • Kecantikan (kulit dan rambut)
  • Kestabilan asid lemak
  • Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Kegunaan masajterapi

Penggunaan:

  • Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
  • Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.

Isipadu: 700ml

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 40
Sabah & Sarawak: RM 45

Minuman Dari Daun Kaca Beling

Minuman ALG merupakan salah satu produk herba dalam bentuk uncang (sachet) teh . Ia dibuat 100 peratus dari daun kaca beling   ( strobilanthes crispus) matang. Ia digunakan untuk tujuan melawaskan kencing, darah tinggi, gout dan batu karang. HPA juga menggunakan teh ALG untuk tujuan anti kanser atau anti ketumbuhan serta resdung yang serius.

Jika produk coscinium mungkin agak panas kepada sesetengah orang berbeza dengan minuman ALG yang bersifat dingin. Dalam penggunaan harian ada juga masyarakat yang menggunakan herba ini untuk demam panas. Apapun ALG sangat baik digunakan sebagai minuman harian untuk kesihatan.

Review: Minyak Kayu putih

DSC01100

Minyak kayu Putih dihasilkan dari hasil proses penyulingan daun dan ranting kayu putih. Minyak ini digunakan untuk perawatan memanaskan tubuh, sakit-sakit otot, dan mencegah perut kembung.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 18.00
Sabah & Sarawak: RM 20.00

Bersama Pengarah Urusan HPA

hpa2