Blogger HPA dan Azam 2010

Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2009 .  Setahun sudah berlalu. Apakah azam yang kita rancangkan untuk tahun 2010 dan adakah azam yang telah kita buat pada tahun 2009 tercapai? . Bagi aku, tahun 2009 adalah tahun aku masuk ke arena perjuangan HPA. Tahun inilah betul-betuk aku serius dengan HPA . Kerana waktu itu, HPA di Rompin ibarat masih baru. HPA diperkenalkan namun hanya sekadar untuk mengaut  keuntungan dan kebanyakan ahli di sini tidak tahu kenapa perlu gunakan produk HPA. Kebanyakannya hanya tahu ‘Kopi Radix’ . Kebanyakannya hanya tahu menindas.. mengambil kesempatan atas ‘keterpinga-pingaan’ ahli baru. (Maafkan aku DBP).

Satu pasukan tugasan khas (task force) di wujudkan dengan sentimen IT dan Multimedia di serapkan. Perjumpaan dan kelas dikerapkan bagi menimba ilmu sebab bagi aku, tiada gunanya kamu menjual sesuatu tanpa pengetahuan . jadi aku gesa untuk mengadakan kelas pengetahuan bukan sahaja dari aspek pengetahuan produk. Tetapi dari aspek bagaimana untuk bercakap di hadapan orang ramai. Itulah yang paling penting sekali.

rumah impian

Namun tahun 2010 bukan lagi kerja kumpulan yang bersemangat akan dijalankan. Aku telah memilih jalankan aku sendiri. Tahun 2010 aku rangka beberapa perniagaan sambilan yang aku pernah lakukan tapi tahun 2010 akan diperkemaskan termasuk mendaftar semula perniagaan dengan SSM atas nama baru.. perjuangan baru.. yang akan membolehkan segala pendapatan aku dipantau dan disahkan sama ada kerja-kerja Online atau Offline.

kereta impian ku

Insyaallah tahun 2010 juga aku akan memasuk arena investment dan menambahkan aset yang boleh memberi aku cashflow seberapa banyak yang mungkin. Tahun 2010 juga adalah tahun perubahan blog KJPP.HPAROMPIN.NET ke WWW.HPAROMPIN.NET yang aku sampaikan dengan cara aku sendiri . Jadi aku harap segala impian aku tercapai dan yang paling penting, aku tetap ingin menjadi blogger. Thanks kepada otai-otai blogger yang mengajar aku dunia blogger yang indah ini…

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Bersama Pengarah Urusan HPA

hpa2