Cakap Berisi.. Bangunkan Ekonomi Islam

flyer dew water 2

Bila adanya produk keluaran bumiputera islam, ada sahaja bisik-bisik , kritikan dan juga khabar yang sengaja dikirim di angin lalu supaya menjadi khabar angin. Tapi bila produk luar, produk keluaran orang bukan islam, diaorang kelentong sana sini, bentang pelan pemasaran yang kaburkan bijik mata dengan wang, produk itulah yang dipertahankan oleh sesetengah orang. Bila sibuk bercerita tentang isu penggunaan tulang haiwan, atau kandungan bahan yang shubhah, terus tiba-tiba ada kesedaran pulak untuk beli sijil HALAL dari agensi swasta.Kenapa swasta? Bukan JAKIM?

Beli sijil halal bila orang sibuk dengan isu tersebut. Tapi sebelum tu? Tak fikir soal ini? Hakikatnya sikap orang Melayu masih ada PHD. Sikap perasaan hasad dengki. Macam saudara Rohaizad post dalam blognya.. artikel tentang busuk hati dalam perniagaan. Sepatutnya kita sebagai umat islam sesama saudara, backup dan sokong produk Islam. Namun apa yang terjadi, apabila ada khabar angin sikit, terus tak percaya dan banned produk islam sampai mati. Ketawalah orang luar.. ketawa dengan gelagat kita yang cepat melatah.. dalam masa tu, dia terus dengan bangkit ekonomi mereka. Kerana disitu ada kekuatan. Kita? kita ada kekuatan PHD . Kita ada kekuatan EGO.. Kita ada kekuatan MALU dengan kerja-kerja yang dikategorikan oleh mereka ‘tak standart’ .

” Apa barang lepasan Ijazah Elektrik pergi tanam sayur.. aku nak kerja dalam air cond.. sain surat-surat je.. arah anak buah”..

LADANG-ROSELLE

Budak lepasan SPM. PMR. Giat Mara pun pergi kursus sana sini.. kursus usahawan.. tingkatkan kemahiran dalam kewangan..hadiri seminar pengurusan kewangan..  pandai dalam pengurusan kewangan.. pergi tanam sayur, rajin, dialah yang berjaya.. siap boleh ambil lepasan ijazah bekerja dengan mereka..  kebodohan yang terang dan nyata adalaj ..SIKAP EGO. . SIKAP SUKA BERLAGAK dan SIKAP SUKA MENUNJUK-NUNJUK.

Kalau nak tahu kisah orang berjaya, baca buku Menjejaki Jutawan Senyap.. memang banyak kisahnya. Step perniagaan tak perlu ribu riban kalau tak mampu.. cuba dengan modal kecil.. kumpul jadi modal besar. Jangan malu nak baca buku hasil tulisan mereka sebab takut orang lain kata ‘nak sangat jadi jutawan’. Cakap perlu berisi.. bukan dengan cakap kosong yang sia-sia. Pemikiran kena macam orang yang pro .. bukan macam budak-budak.

jutawan-senyap-chef-li

So apa kepada yang memperlekehkan produk bumiputera islam, perlekehkan diri sendiri dahulu ..apa yang kamu sumbangkan kepada ekonomi islam ..apa yang kamu telah hasilkan untuk bangunkan ekonomi islam.. atau ..terus jadi hamba untuk bangunkan ekonomi orang lain.. Apa yang telah dipelajari jika pegang sampai ke tahap PHD, bukan hasad dengki.. tapi cuba hasilkan sesuatu..

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Bersama Pengarah Urusan HPA

hpa2