Kelmarin aku call JAKIM bahagian Hub Halal untuk dapatkan beberapa maklumat. Wahh ada beberapa berita mengejut dan berita gembira. Apa yang aku gembiranya aku akan ceritakan kemudian. Cawangan HPA Rompin baru sampai makanan sejuk beku dan juga aiskrim. Cukup best sebab dapat merasa aiskrim yang sejuk segar dari peti ais cawangan.

Artikel kali ini aku nak kongsikan bahawa mereka yang menjadi ahli HPA dan ingin menjana pendapatan dari aspek bonus, perlu ketahui pelan pemasaran dengan sebaiknya. Ada yang jadikan downline sebagai alat untuk menaikkan pangkat suku sakat dan untuk kepentingan diri sendiri sehingga keluarnya beberapa peraturan sampah yang palsu dan peraturan untuk memperbodohkan ahli baru yang masih lagi terpinga-pinga.Ada orang gunakan kesempatan untuk merampas nilai mata ahli baru untuk kepentingan diri sendiri. Ingatlah, nilai mata ahli adalah hak milik ahli. Bukan dengan semudah memindahkan nilai mata ke upline untuk menaikkan upline. Kasihan dengan ahli baru.
Atas pengalaman dan kajian yang telah aku buat, aku akan wujudkan network HPA yang menawarkan sistem affiliate dan ditambahkan dengan ilmu pemasaran HPA untuk mantapkan lagi knowldege mereka. Aku dah jelak dengan sistem pemangsa dan mangsa.
P/S : Kita banyak belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang. . Bijaklah memanipulasikan sesuatu.












