Penggunaan Tool OD-ASB

Bijak berbelanja.. bijak membezakan liabiliti dan aset . Penggunaan tool Overdraft (OD) adalah satu tool yang paling hebat untuk mencapai kebebasan kewangan . Ada juga yang menggunakanya untuk meniaga, melabur dalam hartanah, dan banyak lagi. Tool manipulasi kewangan ini mula gempar apabila penjualannya e-booknya dijual. Jika aku tahu sebelum ini, aku dah lama mulakan . Tambahan pula sudah berada dalam perniagaan HPA.

Baiklah, apa konsep OD-ASB ni? .

Konsep OD ini adalah konsep yang mana sejumlah wang (RM10K minima) dilaburkan di dalam ASB. Kemudian ia ditukarkan kepada sijil untuk di bawa ke bank. Bank pula akan berikan antarav90-95% dari nilai sijil ASB tadi dalam bentuk tunai (akaun semasa) kepada anda.

Di Mana Kebaikan tool ini?

Jika kamu berniaga, gunakan tool ini untuk rooling modal kamu. Jika kamu ada hutang Kad Hutang (kad Kredit), selesaikan dengan segera menggunakan tool ini. Jika kamu ingin membeli rumah dan membuat simpanan yang banyak secara berdisiplin dalam sesuatu tempoh, gunakan tool ini.Jika kamu ingin membeli rumah, lebih dari satu, gunakan tool ini.

Jadi apa yang diperlukan untuk menggunakan tool ini?

Simpanan ASB minima 10K

Buku akaun ASB.

Perbelanjaan yang berdisiplin.

Ramai yang telah gunakan tool ini dan aku rasa amat sesuai gunakan ia untuk perniagaan, pelaburan koperasi, dan apa sahaja yang memberi income kepada kalian.

2 comments to Penggunaan Tool OD-ASB

  • ese

    salam.
    dah study ker sblm keluarkan statement? apa hukum OD, ASB dll.
    jgn keluarkan kenyataan tanpa buat sebarang rujukan dan mengkaji tentang hukum, walaupun anda kelihatan gah menjulang ekonomi Islam.
    jgn ambil untung hasil riba daripada skim riba.
    OD islamic? ASB harus?
    biar xkaya, asal beroleh redha Allah dunia akhirat.
    mungkin ada cara lain, pasti ada hikmnatNya.

  • admin

    Sudah tentunya saya sendiri sudah study apa yang berlaku dan apa itu overdraft. . Saya sendiri tidak menggunakan overdraft setelah mengkaji apa yang diputuskan oleh suruhanjaya sekuriti namun sekadar menerangkan apa itu konsep overdarft dengan sijil ASB.. dengan adanya statement ini, saya sendiri sudah menjawab apa yang dimaksudkan dengan OD-ASB.

    Terima kasih kerana menegur dan mengkritik. . Saya akan update artikel ini dari semasa ke semasa.. Untuk pengetahuan saudara, OD-ASB telah dibekukan oleh PNB ..

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Bersama Pengarah Urusan HPA

hpa2