Minggu lepas, aku telah dapatkan satu produk herba untuk rendaman kaki dari cawangan HPA Pekan. Alhamdulillah , memang mujarab untuk rawatan kebas kaki dan tangan. Biasanya kebas kaki dan tangan terjadi apabila berlaku darah tinggi. Maka herba ini juga mujarab untuk rawatan darah tinggi. Bagi penyakit sukar tidur atau lebih dikenali dengan insomnia, kalian boleh manjalankan rawatan terapi rendaman kaki ini. Alahamdulillah, beberapa kali aku gunakan, memang herba ini mujarab dan Allah telah izinkan bahawa dengan pengubatan melalu herba ini, telah dapat merawat.

Apa yang terkandung dalam dalam produk ini adalah herba hempedu bumi dan juga garam batu. Hempedu bumi berkhasiat untuk memulihkan demam dan anti radang. Kapsul IMT adalah produk HPA yang juga berfungsi sebagai pengganti panadol. Pengambilanya adalah sebagai ubat tahan sakit dan demam. namun untuk herba rendaman kaki, pengambilannya lebih kepada rawatan kebas kaki dan tangan, juga untuk mendapatkan tidur yang lena.


HEMPEDU BUMI GARAM BATU
Cara penggunaan :
Larutkan bahan herba tersebut dengan air panas dan tunggu hingga air tersebut suam untuk rendaman kaki. Air tersebut hendaklah melebihi paras buku lali .
Rendamkan selama 20 minit atau paling baik, 30 minit.
Air rendaman tersebut jika ingin digunakan semula, panaskan semula dan ia hanya boleh digunakan untuk seorang dan dilarang untuk berkongsi air rendaman kaki.
HARGA UNTUK AHLI : RM20
HARGA UNTUK BUKAN AHLI : RM25
Nak dapatkan produk ni boleh contact aku. Dalam kotak ada 5 bungkus dan kalau nak beli satu satu, aku jual RM5 sebungkus.














Cadangan kapsul kesihatan
Bawang merah
Bawang Putih
Halia
Kunyit
Lengkuas
boleh dibuat satu kapsul(gabungannya)
sebagai
ubat anti segala penyakit…
Buah Tiin
Zaitun
Kurma
Habbatussaudah
Madu asli
kismis
Pra 6 Eliksir- ini pun boleh dibuat..