Bergelap seketika blog aku . Ada masalah dengan server dan lebih bermasalah lagi pengurusan server aku sedang melawat ke luar Negara. Jadi aku terpaksa tulis post kali ini di Microsoft Word dahulu sehingga semuanya dan hari ini semuanya telah pulih. Merayau-rayau aku dalam blog Rohaizad terbaca tentang artikel full time blogger. Ya memang cita-cita aku ingin menjadi seorang full time blogger yang berjaya. Namun untuk menjadi seorang full time blogger, aku harus menempuhi bermacam-macam ujian dan banyak membuat rujukan. Seperti sebelum ini,aku telah menulis banyak blog komputer dan blog bahasa inggeris walaupun bahasa inggeris aku tunggang langgang, namun itu adalah permulaan bagi aku. Tahun 2010 adalah tahun aku mempunyai KPI . Aku akan luangkan banyak masa untuk blogging dan repairing PC . Sebab aku tahu, aku harus jadi multi tasking untuk aku menyara kehidupan aku dan keluarga aku.
Semalam di pejabat , bercakap tentang produk herba . Isunya adalah poduk herba yang telah diterima akal bahawa ia memang lambat berkesan dan ubat yang terlalu cepat berkesan ada mempunyai bahan kimia dan kemungkinan bahan kimia yang diletakkan adalah melebihi dos yang Kementerian Kesihatan sarankan. Jadi apa sekalipun dalam pengubatan herba, memang kena ingat tentang rukun penyembuhan. Jika mengambill herba atas dasar ingin mencuba akibat kawan-kawan promote, maka belum tentu apa yang dihajati tercapai. Ingatlah, ubat hanyalah satu asbab dalam proses penyembuhan. Jika kita gunakan air bacaan Yassin sekalipun, jika tuhan izinkan, penyakit tetap sembuh. Allah itu lah yang menyembuhkan penyakit.

Itu perihal herba tapi ini pula perihal produk makanan halal. Berapa kerat yang ambil bahagian dan ambil peduli di Malaysia ini? . Pernah juga mendengar tentang perihal makanan haram tapi diletakkan label halal. Bagaimana itu terjadi? . Isu penggunaan produk Yahudi terus dimainkan. Tapi tak ramai yang ambil peduli sangat dan ramai yang tak kisah sangat pasal isu ini kerana berpandukan “mencari yang halal itu Fardhu bagi umat islam” . Suatu hari nanti, dengan wujudnya HPA, kita tak perlu lagi ‘mencari’ kerana semua produk halal akan berhimpun di halal Mall di seluruh Malaysia .












