Tersasarkah Kita?

Baru pulang dari rumah saudara maraku .. dah pukul 12 lebih. Masuk hari baru . Petang semalam aku chat dengan salah seorang dari rakan seperjuanganku yang mana kami pernah mengikat kata untuk menjayakan web kami sendiri atas nama perjuangan HPA di sini. Rasa semangat aku semakin kuat untuk semarakkan lagi dunia blogging dengan jemari kami. Aku dengan rela hati, menawarkan diri sebagai ‘blogger belakang tabir’ untuk menjayakan misi kali ini. Prinsip ‘onlinekan segalanya’ dan juga ‘lambakan produk halal’ akan menjadi pegangan misi ini.

Cerita punya cerita, aku sedar beliau banyak kecewa apabila cadangan dan pendapatnya untuk memajukan lagi netwotrknya diketepikan atas dasar ’siapalah kamu untuk bersuara’ . Aku sokong dengan pendapatnya mengatakan ada sesetengah pejuang HPA sudah banyak tersasar dan tidak lagi berpegang pada hala tuju perjuangan HPA. Tidak kisah berlaku penindasan, tidak kisah dengan isu ‘cakap tak serupa bikin’ . Yang penting adalah lambakan duit bonus untuk dijadikan alas tidur yang lena.

Pokoknya,jika terjadi masalah seperti itu, aku harap ahli yang lain tetap berpegang teguh dengan apa yang diperjuangkan HPA. Jangan pedulikan orang yang pernah menindas dan memperbodohkan kita dan dijadikan sebagai ‘batu loncatan’ , ‘kambing hitam’ atau apa sahaja. Bina sendiri semangat, bina sendiri keyakinan, dan teruskan perjuangan sebab siapa yang rajin berusaha, InsyaAllah Allah itu izinkan untuk kita berjaya. Allah itu maha Adil dan aku , sangat -sangat mengerti.. bahawa tuhan itu maha adil. Jika jahat perilaku kepada orang lain, dapat juga balasan kelak.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Bersama Pengarah Urusan HPA

hpa2